Tuesday, September 2, 2008

pemergian Si Jantan.

Menyedihkan. Menyayat hati. Penyesalan. Namun harus akui dengan takdir tuhan. Baru-baru ini, Si Jantan Saisod, (hamster pemberian Saudara Mamsod Gebu) telah kembali kepada Nya. Si Jantan Saisod, telah meninggal dalam keadaan misteri, yakni tiada tanda-tanda bahawa si Jantan akan "kembali". Namun, ajal tiada siapa yang tahu. Pemergiannya diketahui oleh Saudara Syakir dan Rafie setelah pulang dari makan malam, lantas melawat sangkar usang yang merupakan pondok tinggal si Saisod. Mereka terkejut kerana melihat Si Betina Saisod sedang menggigit-gigit si Jantan yang sedang baring tanpa sebarang pergerakan. Itu tandanya Si Jantan sudah pulang kepada-Nya. Syukurlah kerana Si Betina Saisod masih aktif dan menjalankan kehidupannya seperti biasa, iaitu bersenam di roda kuning, masuk ke lorong warna-warni, guling-guling setempat dan lain-lain aktiviti yang sering dilakukan oleh hamster-hamster normal. Namun, apa yang menyedihkan lagi, Si Betina kini hidup keseorangan tanpa memiliki khidmat seks dari pasangannya lagi, iaitu Si Jantan. Kami sangat berharap Si Betina akan cepat mengandung dan memiliki anak atas hasil percantuman tubuh (bersetubuh) yang telah kerap kali dijalankan oleh pasangan hamster itu pada dahulu kala. Rakus, buas, dan nakal. Itu Saisod. Moga-moga rezeki murah. Miliki anak lagi. Doakan rezeki Si Betina agar memiliki zuriat dan waris Saisod.

Foto di atas menunjukkan Saudara Azhar yang sedang cuba menenangkan Si Betina atas kematian dan kehilangan suaminya, Si Jantan Saisod. Dari sinar mata Si Betina itu sendri, kita dapat merasai betapa pahitnya kejadian dan ujian yang menimpanya. Syukurlah kita dengan apa yang kita ada sekarang ini. Insyaallah. Salam takziah buat Si Jantan. Al-Fatihah.