Thursday, July 31, 2008

rakan-rakan dulu kini dan selamanya..'kononnya'

Ini kisah benar yang berlaku pada hari ini..
kalau orang kata kami rakyat kelas bawah..
kami terima..
mmg kami berhak menerima layanan seperti hamba..
mungkin lebih teruk lagi dari itu,,..

*******

Bermulanya hari ini dengan semangat dan azam yang baru..sebagai seorang pelajar universiti yang baru hendak mula mengenal erti dunia sebenar,..
langkah bermula..kaki dijejakkan di universiti yang megah tersergam dengan penuh semangat dan iltizam..
hari ini ada kelas di lab komputer,..

*******

pensyarah : i hope u guys managed to do the homework for today's class and please hand in ritenow..for those who didnt do. i will not mark ur paper..

gua : apa ni sial?? (dengan nada terpinga-pinga)

...setelah resah beberapa minit..kantoi jugak akhirnya..koyak bai..

pensyarah : ok.. u guys can now start doing today's exercise.

..beliau duduk dan memerhatikan pelajar-pelajar nya yang masing-masing mempunyai buku,..
kecuali 'gua'..koyak..
selak..selak..pandang kiri kanan..gelisah.x tahu apa nk dibuat..gua stay kat tempat duduk gua..meyaksikan pelajar2 lain sedang berusaha buat kerja yang disuruh.
koyak bai..

ehh,, dia dah blah..alhamdullilah.lahir dari hati gua..
gua bingkas bangun.menjenguk rakan di meja lain.

gua : eh.ada buku?..jom share..(nada kasihan sambil buat muka sedih)
gadis : ada.ambil lah,.(terus menoleh meninggalkan gua dgn buku dia,,gadis tu bincang ngan gadis lain sebelah dia..gua duk sorang terpinga-pinga..koyak bai.)

lepas beberapa minit menelaah benda yang gua apa pun x faham..gua berani kan diri untuk bertanya..

gua : eh..yang ni jawapan dia apa? soalan dia apa? nk cari kat mana? x reti lah..tolong..
gadis : *jeling gua* eh,.apa yang kau tau eh?..semua x tau..menyusahkan org lah kau ni..
gua : *koyak*.. =(

selepas mengharungi 2 jam yg bagi gua adalah masa yang paling lama bg gua sejak gua jejakkan kaki kat universiti gua yang x sebesar mana tu..gua hantar kertas gua..dengan jawapan gua yang semua org pertikaikan..gua angkat kaki..gua undur diri..

*******

kawan gua msg : lu kat ne?
kawan 2 msg : ada kelas ke at 11?
gua : koyak..(kalau ada kredit gua dah reply..maaf rakan)

gua dengan kawan wanita gua sorang ni terus beransur..kekedai makan..member gua jemput.member gua ni dengar cerita sepi jugak mcm gua..tp x pe..dia jemput and hantar kteorg kt kedai makan...

*******

bila gua jejak je kedai.hati gua dup dap dup dap..awek yg gua usha tengah ambil makanan,.
dia jeling gua..gua jeling balik..hati berdegup pantas..itu saja..
selepas cari tempat duduk yang paling smart..
gua usya je awek tu,..
usya...
usya...
awek tu usya balik bai..
kencang..
hahaha..
dah lama makan..
awek tu nk cau..
gua harap dia pandang gua buat kali terakhir..

MENCANAK!!

dia pandang gua.senyum manis.
gua reply dengan senyuman busuk gua yg macam kerang busuk kat tepi laut.

gua : ada kelas ke?
awek : ada..(sambil tersenyum manis haha)
awek : bye...
gua : koyak..(tapi at least dia senyum ngan cakap kat gua..gua dilayan..syukur)

********

kelas petang..
gua duduk sorang2..
dua lecture.
gua sepi.
tiada teman.
ada kawan.
tapi gua x dianggap kawan mungkin..
koyak bai..

********
kat library.
sebelum gua pulang dari mencari buku untuk dipinjam..
gua nampak bebudak kelas gua.
ramai2 tengah buat kerja..
kerja penting yang memerlukan rakan-rakan untuk berbincang bersama.
gua singgah kat deorang.

gua : eh,korang buat report untuk esok ke?
mereka : aa'h (sambil hide kan report deorang dan buka page frenster)
gua : koyak bai..

gua lagi : eh,yang ni kan kenapa jawpan dia macam ni pulak?
gadis1 : kau ni kan..dah memang tu jawapan dia.mana aku tau..menyusahkan lah..aku nk buat kerja ni..aku lempang kau karang..

kawan wanita gua : eh,kau ni garang macam mak org lah.
gua : ada juga org back up aku..hmm..dalam hati gua remuk..macam butiran permata yang jatuh berderai..kilauan menarik perhatian..tapi penderitaan diabaikan..
gua lagi : eh,korang dapat report dari senior ke?
gadis 2 : aah.
gua lagi : boleh photostat x?
gadis 2 : boleh..* muka sumpah x ikhlas gila*
gua : x pe lah its ok..(gua berdiri jap..x tau nk buat apa)
gua lagi : kertas ni dah ramai ke orang pakai?
gadis 2 : aah,.dah ramai org pakai..tu pasal lah x boleh kasi kat kau..
gua : terima kasih..(koyak bai)

********
ini baru kisah yang terjadi pada gua dalam masa sehari.
entah berapa kali gua koyak..
rakan-rakan gua.ada disekeliling gua.
tapi gua x dianggap rakan..
gua bersyukur..
kalau kawan gua HELMI (bukan nama sebenar) koyak duduk kat dewan kuliah dengan 250 org yang x dikenali..
gua lagi bersyukur kalau gua kat tempat dia.
at least 250 itu bukan rakan yang kita kenal.x layan pun x pe..
gua?
duduk semeja..dah kenal hapir setahun lebih. tapi.....
korang sendiri pun dah boleh faham kan..
situasi gua..
gua koyakk...
ini lah yang gua paling suka.
rakan-rakan.
dulu.
kini.
dan selamanya...konon nya.
gua rakyat kelas bawah.
gua berhak terima layanan seperti rakyat kelas bawah.
gua faham.
beransur...

Monday, July 28, 2008

permulaan kebahagiaan

gayutan emas dikala *pagi pagi* terpancar senyuman manis seakan Ayu menunggu Ali mengorat di stesen bas Rompin. terkurung di kamar bibik tak bererti hilang hubungan pada donia luar. tangan memegang perut menahan keterujaan/berak padu hasil makanan Pojok. Baju kuning melambangkan warna diraja *pride dan tradition* budak MCOBA. haaaa, soalnya dia bergelut di telefon dengan siapa? anak kelas bawahan. inilah dia. Abang Long Gitar, Rafie The Ombak. huuuiissshhh huuuisssshh

Sunday, July 27, 2008

Nanas Saari

hayatilah sendiri lagu pertama ciptaan ra'yat kelas bawah..
harap terhibur
sekian....

Nanas Saari
by Lagouna

hari ini ku mencari lagi
buah nenas ku oh si dewi ..
geli hati ku sendiri..
teringat kisah yg terjadi.

dikau sendiri,hati ku sepi..
dibuai mimpiberkali kali.
berkali-kali dibuai mimpi
hati ku sepi..aku sendiri,..

mana buah .. mana buah..buah nanas ku..
mana buah .. mana buah..buah nanas ku..

berlari
ke sana sini
mencari sidia yg sepi.
oh cinta buta
ku mencari
x juga jumpa
dibawah bantal
bawah tilam
dibawah laptop
kumencari.
x jumpa2 si sexy manis hasra.

mana buah .. mana buah..buah nanas ku..
mana buah .. mana buah..buah nanas ku..
mana buah .. mana buah..buah nanas ku..
mana buah .. mana buah..buah nanas ku..

*bunyian gitar*

dikau sendiri,hati ku sepi..
dibuai mimpi berkali kali.
berkali-kali dibuai mimpi
hati ku sepi..aku sendiri..

suasana

sedikit sebanyak foto foto yang menjadi saksi kehidupan kelas bawah.
kelas kita semua. dipersilakan.



rafie, si abang long sedang mengajar azha bagaimana bermain gitar dgn betul.azha mengikuti kelas gitar ini dengan bayaran percuma.



hamster, Saisod yang juga sebahagian penduduk di penempatan kelas bawah. gemar berlari di dalam sangkar dan buas seakan azha ketika tidur. *ciiit ciitt cittt*


padah akibat tidak kunci ketika membuang hadas kecil di tandas. syaker(bukan nama penuh, yang juga jejaka di dalam foto tersebut) terkantoi kencing berdiri. maruah Montessori Putra Putri sedikit tercalar.



meja ini yang merupakan salah satu daripada tiga perabot yang ada di kediaman kita. tak hairanlah jika semua objek yang dari poket seluar memasing dicampak dan disusun dgn rapi di atas meja ini kerna tiada meja lain lagi untuk diletak. *amaran keras, rokok membahayakan kesihatan, gambar sekadar hiasan*















Thursday, July 24, 2008

kelas atas bergaul kelas bawah. inilah jadinya.

siapa kelas atas?
siapa kelas bawah?
ada darjat? ada jurang? ada tahap? ada kelas?

memang senang laa nk ckp,
"boleh je nak lepak ngan spe2. tak kesah die busuk hina mcm mana pun,
asalkn die baik".

indah jawapan tuh kn. sedap dan senang hati dgr.
memang. memang senang. sbb kita tak hadapi lg.
*kalau yg dah hadapi, dan dapat atasi, tahniah lah*

haaaa, tapi yg belum?
contoh mudah.
buat gadis terutama,

ada 2 Macha ajak keluar.
Ciri ciri Macha A
-bawak Mazda RX8
-tampan nakal liar playboy
-berduit, pastilah
-kelas atasan

Ciri ciri Macha B
-tiada kereta, cuma kerja cuci kereta
-muka tak mana tetapi baik hati
-duit pun tak mana
-kelas bawahan

mana pilihan hati?
Macha A apa Macha B?
senang cakap.
senang pilih.

"mesti laa yg baik. tak kesah laa die cuci kereta.
saye sanggup, saye dapat tahan kotor busuk najis sampah".
-gadis baik hati-

gadis ini kononnya dapat "handle" Macha B,
kalau dia berpeluang utk keluar dgn Macha B.
bererti, dia sanggup bersusah payah, tahan semua kekangan Macha B.
darjat macha A dan macha B tuh tak jauh.
mata kita yg boleh menilai sendiri.
semua terpulang.
tapi bagi gadis ini, dia tetap pilih B, sebab B baik.
itu keputusan awal.
tapi percubaan ringan pasti ada. experiment bak kata orang barat.
bawa pergi makan ke Warung Pojok.

*warung pojok adalah gerai makanan masakan indonesia.
suasana sekitar pojok tak menyenangkan, bau-bauan sampah terutama.
lalat pasti ada yg singgah di pinggan makan.
tapi bagi yang dah biasa, bagi yang tak mengenal erti darjat, tak berkira dan tak kisah asal usul, hentam dan layan sajaa!!*

end up? haaaa.
tak senang duduk.
makanan tak sentuh.
hidung tutup setiap masa.
muka masam.
pandang pelik pada kelas bawah.
rasa nak muntah.
jaaappp, apa nhh??
kataa sanggup? kata relaa?
baru ke pojok, dah tak selesa.
dah rasa macam neraka?
haaaiissshh..
apa apa laaahh..
tak biasa mungkin.
tak pernah rasa keadaan macam tuhh..
oohh tak pun, sensitiviti tinggi.
konklusi.

oouhh. nak ketawa pun ada.
tapi lumrah alam.
HIPROKASI itu biasa. lazim.

jadi, kelas bawah memang suka nak lihat dan rasa kelas atas.
kelas atas pula? kata sanggup, rela.
tapi bila dah rasa.
menyesal?

"dah tanak singgah Pojok!!"
-si gadis-

Wednesday, July 23, 2008

cerita ra'yat

Bismillahirrahmanirrahim.
sedikit teruja dan terkesima dengan kemajuan masaa kini.
blog. waaahh. seakan seronok bermain dan mengenal blog.

kenapa ra'yat kelas bawah?

timbul persoalan masing masing.
dan masing masing ada suara dan sebab sendiri.

Hilmi(bukan nama sebenar, ya)
"ra'yat yg lepak tak kira jenis bangsa budaya kelas darjat agama tahap sosial.
tak kisah suasana macam mana, haru biru, bau busuk lahanat, boleh saja nak masuk.
ikut keadaan jugaa laaahh kn."

Khairul(bukan nama sebenar, juga ya)
"kenapa? sebab kita tak layak naik dan duduk di atas. golongan kami dipandang rendah.
ini satu penghargaan sebenarnya, kepada bangsa busuk hina seperti kami. maaf sesiapa, jika terguris."

Syaker(bukan ejaan sebenar, ya)
"sebab aku golongan kelas bawah. simple kan? aku suka. habis. hahaha."


Bobo(bukan nama di atas IC, ya)
"cakap ape douhh. haa, dah memang aku kelas bawahan. itu je yg mampu.
aku terkedu dan terkelu. full stop."

Rafie(bukan nama penuh, ya)
"sebab kami golongan sepi. gua takde mende. cukup lahh.. *menangis* seketika."

Saisod(makhluk tuhan, hamster)
"ciitt ciitt cittt."

Puas? ini benar.
memang luahan hati ikhlas yang sepi dan dahagakan kasih dan perhatian.
bersepah tunggang langgang. maaf.
imej sebegitu sudah. tak suka tak apa.
harap dapat terima.
introduksi sampai sini. nanti sambung lagi.
heeeeeeuuuu peace peace. salam harmoni dan muhibah.

oouuhh bebeeehhh!!