Monday, November 24, 2008

sakan kemain.

INI SEMUA,

Dah tamat final punya pasal.
The Times punya pasal.
Agrobeats punya pasal.
Percuma punya pasal.
Numa punya pasal.
Nafsu punya pasal.

itu yang tergerak hati batangan semua ke Laundry Bar, The Curve. aelaa, campur chart. senaman ringan kat sana. memandangkan ada The Times dan Agrobeats. dah lama tak menghenjutkan diri di pesta kecilan sejak menduduki peperiksaan akhir semester. ada pun aritu lah, Flyflm punya majlis ringan di One Utama. tak best mana. *sebab sampai lambat!* balu kecewa, takleh nak tonton aksi rakan yang juga idola dia, SEWLLLYY LEEWWLLLYYY.tanak banyak cte, kalian tgk je lah foto foto manis yang ada ni haa. selamat.

Bassist band apa entah, tapi dia digelar sbg Kot* Besar. Main bajet best dan bajet rockstar. Kesimpulan, lebih menjurus kepada syok sendiri. Tahniah buat dia kerana berjaya buat orang rasa gila menyampah dan rasa nak terajang, seperti yang dihajatkan oleh Numa. Numa lah lagi sempoi, deorng ni tengah perform, die bantai jerit jerit lak, "KAMI NAK THE TIMES!!!!!" kelakar gila laa sial! Tapi drummer dia je yang cool. Lead guitarist pun memang stailo, terer tapi lepak je. Yang ni je dok gelabah (rujuk pada foto).. panas lak!!!


Ini Dragon Red. persembahan awal dan agak memberansangkan telinga dan jantung para pengunjung. Jeritan dia kalau boleh nak sampai Azim Shisha kat Rasta boleh dengar. Tapi rasanya Azim tak dapat dengar kut. Maka tak berhasillah usahanya. Papahal pun, boleh tahan juga deorng perform. Abu, si DJ Nasty tiada pada malam itu. Mungkin ini membawa kekecewaan buat gadis yang tergila-gilakan dia mahupun jejaka yang meletakkan dia sebagai idola mereka. haaa??


Haaa amik.. tuu dia wehhhh!!! Wajah keceriaan, kesetiman, keseronokan yang jelas terpampang di muka mereka semua. *esp Bantal doh* hahahaha.. HOOOIIII!! PAKCIK PUN ADAA?? gila ba*i laa sial. hahahaha. tapi, paling takleh blah sekali. Burger kena bahan dengan para rakan, "bergeeeeeeerrrrrr!!!!" temannya yang merupakan Keyboardist Agrobeats. perghhh, phewiiitt!!

Naza dan Mun, dari The Times sedang bersiap untuk beraksi. Layan beb, sumpah layan!! Time ni, sume orang dok jerit, "THE TIMES, THE TIMES, THE TIMES!!"

Gila stailo mailo. Gitar dia cantik. Suara dari gitar pun gemersik. NGAAUUMM!! Tapi sound malam tuh kurang sedikit. terlalu echo. tak clear juga suara. dok tanak depan sekali pulak kan.

Numa, berwajah gembira setelah hilang suara melalak di dalam Laundry. Objek putih yang panjang adalah poster The Times, yang diberi percuma oleh brader sebelum The Times beraksi lagi. Ini semua hasil daripada pancingan maut dan kata kata manis yang dilemparkan dari mulut si Ikan Lemas. Tahniah dan syabas.

Mereka, Peteh Rafie dan Aral bergembira di perkarangan Cineleisure. Namun, wajah Aral masih kelihatan gusar dan gelisah, gara-gara memikirkan exam yang akan diduduki buat pertengahan bulan disember nanti. Rafie, besoknya dah henjut kapal terbang balik ke Sabah, akhirnya setelah tiket yang pada awalnya tersalah beli oleh akak nya, yakni bertarikh tanggal 18.SATU.2009.

Hampir keseluruhan daripada mereka. Encik Zack pun ada. Syabas, rakan artis dah mula lepak dengan kita. Sedikit bangga. Hahahaha. *tengok, Aral pakai jaket. nak cover perut malam tuh, gamaknya.* berjaya usahanya, tahniah. Sakanlah wehh korang, hahahahah..

Sekian,
ada tersalah ejaan harap maafkan.
*sound awal awal* hahahaha :)






Thursday, November 20, 2008

Mari berjalan.

Dah cuti, apa lagi.
Kerjalah!!

Tanak kerja?
Jum lah berjalan-jalan serata Malaysia,
takpun ke negara seberang.

Masih dalam perancangan.
Harap-harap menjadi.
Dah sangap ni kat rumah.

Kita buat backpacking!
Jum jum!

*Peja ajak berfoto-fotan di Mabul Island, Sabah*
*Azha ajak membeli-belah di Bandung/Jakarta*
*Hanna ajak bersantai di Tioman*
*Jubei' ajak pulang ke Perlis*

Masih runsing dan bingung. Tunggu.

Friday, November 14, 2008

Orang lama kata, "rezeki tiada barangkali".

Tanggal 8 November lepas. Korum batangan dan segelintir gadis berkumpul lagi, secara besar-besaran di Rasta. Semua dengan satu niat, tonton bola. hahaha. Arsenal ketemu Man Utd kuut. Hampir mencecah 20 puluh peserta ikut serta tonton di sana. Rombongan Kaklong Peja, gara-gara dia yang merancang semuanya. hehehe. Namun, sedikit malang kerana "Rasta itu dengar cerita ada 2-3 orang je". Jadi, tempat duduk pun kurang. terpaksa berhimpit-himpit. Man Utd fans, Arsenal fans, semua duduk sekali. Manaaa boleeehhhh!!!!

Namun, malam itu berpihak kepada penyokong Arsenal. Pasukan mereka meraih kemenangan 2-1, hasil rembatan comel oleh saudara Nasri. Permainan sudah cantik oleh kedua dua pasukan, namun rezeki tidak berpihak kepada pasukan Man Utd, bak kata orang lama. Rooney pun lain macam malam tuh, seakan tak berkesan segala usahanya. Apa apa hal, paling mengejutkan adalah prestasi cemerlang oleh saudara Rafael, 18, pemain muda kelahiran Petropolis, Rio De Janeiro itu yang mana menunjukkan permainan begitu cantik dan membanggakan. Dia disumbat masuk kira kira pertengahan separuh masa kedua. Rafael berjaya menewaskan Fabianski yang menjaga gawang gol Arsenal dengan rembatan "walaweyy" pada minit ke berapa entah.

inilah si Rafael, pemain muda harapan Manchester United yang meng-ayamkan keeper Arsenal. ooppssss.. maaf sedikit gurauan kasar.


Itulah. tiada rezeki namanya. Man Utd kalah dan tewas pada Arsenal di kandang mereka, Emirates Stadium. Tak apa. Ini cuma satu perlawanan kecil. Masih punya banyak lagi baki permainan. Tunggu saja, jangan cakap banyak. Arsenal cuma 2 mata di hadapan Manchester United, itupun Man Utd masih kurang satu perlawanan. hahahah Ok? naaahh. ini sedikit sebanyak foto para peserta rombongan Kaklong Peja di Rasta.




Musim Cuti.

Cuti. Seronok kan bila dengar C U T I. mana tak nya, dapat rehat rehat, chill chill.
hahaha. masing masing dah bercuti.
Syaker dah pulang ke Perlis, Rafie pula nak balik jauh, Sabah. Azhar dekat je lah, Cheras. Jubei', tiap tiap hari adalah cuti baginya kerna rumah taklah jauh mana. hahaha ciss. gurau gurau.

masing masing diberi cuti buat 4 bulan. maknanya, hujung bulan februari 2009 baru masuk balik. takleh lama lagi ke cuti? ingin kerja barangkali. ingin travel. macam macam boleh buat kut. hahaha. tapi yang kasian nya, masih ada rakan rakan yang belum merasakan erti C U T I itu lagi. Aral, masih risau akan exam tengah disember nanti. Burger, sama jugalah. hahahaha.
goodluck dan semoga menjawab dengan tenang dan mudah. Mudah mudahan.

papahal pun, lagu baru dari tangan Rafie dah nak keluar. Almaklumlah, gitar baru dah dirembat dari kedai di Ou. tak lama lagi, adalah lagu lagi. harap harap lah kan. kena pula tengah cuti, kosong aktiviti. Lagoon pun tak lama jadi sunyi buat 3 bulan lebih. tiada penghuni. Sepi.

dah jam 6 pagi. wa tak tau asal takleh tidur lagi. tidur gila gila nye kut tadi kt lagoon. angin lak sedap tiup kelambu. hahaha. selamat buat semua yang cuti. mana mana nak ajak keluar, ajaklah. jangan sombong sombong. sangap sangap. bosan bosan. hahha. Selamat, chaaoo.

Tuesday, October 14, 2008

Perayaan Kecil Kecilan.


Baru saja lagi. taklah lama sangat. kira kira raya ke 6 lah kut. berangkat ke rumah Hannah, bukan Hannah Montana di kaca tv. tapi Hanna Zahidi, tuan puteri Economic MUFY 2007/08 dan Monash Uni 2008. katanya, ada makan kecil kecilan di rumahnya. kami pun berangkat ke sana. Azhar, Syakir, Aral. tiga batang bergerak sesama. Kali ini tanpa Rafie. Mau belajar katanya. Kasi can lah. Jangan jangan Kayden Kross, takpun Audrey Bitoni. OOPPSS MAAF RAFIEE!!

kira kira jam 8.30, tiba di Tropika Indah. Wilayah rumah Hanna.
Rumah orang orang berada gamaknya. Guard punya sekuriti ketat dan cemas. BAGUSLAH. TAKDA MASALAH MASALAH NEGATIF BERLELUASA. HARAP HARAP.
haaa terbaik!! sampai sampai, tengok takde orang. takde org yg belum tiba lah, maksudnya.
kami ORANG PERTAMA siiuut. segan laharnat. *sengaja tambah "r" nak hilang kekasaran*.
mau takmau, masuk saja. lantak saja. buat tak tau saja. perut dah berkeroncong kuut.

Kuih raya. terhidang macam tu saja atas meja. Aral ORANG PERTAMA yang menyambar kuih kuih itu, diikuti oleh Azhar dan yang lain. Buatan ibu Hanna sendiri, menurut sumber ringkas. Yang terbaik, paling sedap, kuih takde rupa dan bentuk, yakni Cornflakes kutt. Sedap weh. Stailo Mailo jugak lah. *tapi tak cukup bai*. Mee Bandung tunggu kat meja makan. Panggil panggil perut kami, terutama perut Coach, Aral. Yang tambah stail nye, mee itu masakan Hanna dan Bapanya, Enchik Zahidi. GILAA TERBAAIKKK SIIIUUTTTT!!!!!!!

habis makan, bagi peluang orang lain pula. tetamu datang tak ramai mana. bak kata Hanna, teman teman terdekat saja. Peja, Yaya dan Aizat, Faiz, Jaf, Hariff dan Mattop antara yang datang. *FS FS FS FS FS* maaf kalau kertelaluan. hahah sedikit jenaka di situ. makan makan, lepak lepak, borak borak, gurau gurau, mesra mesra. itu saja aktiviti sekitar ruang tamu rumah Hanna. adalah juga, ambil foto foto buat kenangan kan.

Terima Kasih banyak banyak buat Tuan Rumah, Tuan Puteri, Tuan Masakan Mee Bandung, Hannah Zahidi yang menjemput kami ke istana Tropika Indah anda. Selamat Hari Raya buat anda, dan semua. *tapi tak dapat duit raya ohhh pergi rumah dia. hahaha :p*

AMARAN KERAS : Jangan bertanya kenapa entry ini berwarna warni. Copycat barangkali. Hahahahaha.

Tuesday, October 7, 2008

pembetulan diri

setelah sekian lama.
x berkarya.
datang ilham pula untuk membalas kesilapan seseorang.
seseorang yang dahulunya dekat.
...
kini jauh..
kepada pembaca budiman yang terasa.
jangan lah segan untuk bertanya,
kami perlu sedikit khidmat nafsu.
sedikit pun tak mengapa.
bak kata pepatah..
sedikit sedikit lama-lama jadi bukit,
BUKIT??
walaupun bukit itu pernah disentuh.
oleh abang kerinting comel..
tetapi kali ini..
yang lurus..yang menggerbang..
yang pusing-pusing keatas x turun-turun.
juga mahu merasa nikmat bukit indah kecil comel.

terus kepada titik itu.

kalau x makan cili.
lidah x meraung kepedasan.

bukti semua dah ada.
kain putih..
pencuci muka.
diari coretan kenangan.
air liur basi di bantal besar si kerinting comel.
semua ada.

....
sedikit sahaja permintaan hati.
kalau dah terbaca.
reply ASAP.

kalau bukti tersebar.
perang tercetus.
maruah tercalar.
hubungan terputus.


jangan segan-segan.call je abang rambut gerbang.
x kan x kenal.
dulu tidur seselimut sebantal..
hehhe.

Tuesday, September 2, 2008

pemergian Si Jantan.

Menyedihkan. Menyayat hati. Penyesalan. Namun harus akui dengan takdir tuhan. Baru-baru ini, Si Jantan Saisod, (hamster pemberian Saudara Mamsod Gebu) telah kembali kepada Nya. Si Jantan Saisod, telah meninggal dalam keadaan misteri, yakni tiada tanda-tanda bahawa si Jantan akan "kembali". Namun, ajal tiada siapa yang tahu. Pemergiannya diketahui oleh Saudara Syakir dan Rafie setelah pulang dari makan malam, lantas melawat sangkar usang yang merupakan pondok tinggal si Saisod. Mereka terkejut kerana melihat Si Betina Saisod sedang menggigit-gigit si Jantan yang sedang baring tanpa sebarang pergerakan. Itu tandanya Si Jantan sudah pulang kepada-Nya. Syukurlah kerana Si Betina Saisod masih aktif dan menjalankan kehidupannya seperti biasa, iaitu bersenam di roda kuning, masuk ke lorong warna-warni, guling-guling setempat dan lain-lain aktiviti yang sering dilakukan oleh hamster-hamster normal. Namun, apa yang menyedihkan lagi, Si Betina kini hidup keseorangan tanpa memiliki khidmat seks dari pasangannya lagi, iaitu Si Jantan. Kami sangat berharap Si Betina akan cepat mengandung dan memiliki anak atas hasil percantuman tubuh (bersetubuh) yang telah kerap kali dijalankan oleh pasangan hamster itu pada dahulu kala. Rakus, buas, dan nakal. Itu Saisod. Moga-moga rezeki murah. Miliki anak lagi. Doakan rezeki Si Betina agar memiliki zuriat dan waris Saisod.

Foto di atas menunjukkan Saudara Azhar yang sedang cuba menenangkan Si Betina atas kematian dan kehilangan suaminya, Si Jantan Saisod. Dari sinar mata Si Betina itu sendri, kita dapat merasai betapa pahitnya kejadian dan ujian yang menimpanya. Syukurlah kita dengan apa yang kita ada sekarang ini. Insyaallah. Salam takziah buat Si Jantan. Al-Fatihah.