Tuesday, August 19, 2008

Beriadah Seketika Bersama Lee Cooper!

Tanggal 18 Ogos. Jam8 lebih lebih. kumpulan kaami bergerak ke Pyramid. Bertujuan nakal dan buas, yakni menghadiri majlis kecil yg dianjurkan oleh saudara Lee Cooper di Cocoa Banana. Beberapa band musik hadir utk menghangatkan keadaan dan suasana di ruang legar kelab itu. Antaranya The Times, They Will Kill Us All, Bittersweet dan Meet Uncle Hussein. Ramai anak remaja muda ke sana, untuk menghilangkan rasa kusut di kepala dgn menggayakan *head banging, lompat lompat kuda, menari tak ikut step(seperti Aral) dan lain lain* sambil diiringi nyanyian band band tersebut. Aktiviti itu sememangnya mengeluarkan peluh yang banyak(bukti kukuh di badan Bantal), dan menyeronokkan walaupun ada yang penat, seperti Azha yg berdiri duduk, berdiri duduk.

Aktiviti itu diakhiri dengan persembahan Bittersweet dimana sebelumnya Meet Uncle Hussein beraksi di atas pentas disko dansa. Namun, apa yang hangat pada malam itu adalah, Vokalis M.U.H terjatuh lalu diangkat oleh saudara Jubei' lantas mengambil beberapa kepingan foto bersama. Selain itu, saudara Aral begitu gembira kerana dapat bersalam tangan dengan selebriti Juliana Evans iaitu salah seorang artis pujaan beliau. Sehingga sekarang, Aral tidak mengambil wuduk kerana takut akan kehilangan bau tangan si Juliana(jangan ikuti perlakuan Aral yang tak bermoral ini). Ini sedikit sebanyak foto foto yang menceritakan suasana sekitar di Cocoa Banana.

a)
b)c)d)
e)f)

g)h)i)

a) ketibaan di Sunway Pyramid. tak sabar. sakan betul.

b)Aral yang seakan mabuk ketika melayan lagu dari Meet Uncle Hussein sambil berdansa mencapah.(tolonglaa ketawa bila tenung pada muka Aral!) bak kata Bantal, muka macam Ujang. *maaf bagi pihak Bantal*

c)Meet Uncle Hussein sedang beraksi. La La La Kerjalaahh!!

d)amiiik hanngiiinn!! lepak duluu, sap kok luuu!!

e)Ijat sedang menari ala ala kuda padi. Layanan musik yang kusyuk!! Syabas buat luu!!

f)amboi, dengan pakcik Hussein(vokalis M.U.H) maaa.. Jubei' seakan teman akrab ketika tadika dengannya(maaf Syakir).

g)sakan semua. maauu jugaaa!!!(cemburu hati dengan Jubei') Thanks juga buat azha si kamera.

h)Tambun, Numaa dan Bantal bersama wajah wajah keterujaan masing-masing. Aral pun mau jugaaa!!

i)kumpulan. setelah tamat.(lihat baju bantal. bukti peluh!)

Saturday, August 16, 2008

kesinambungan misterius di lagoon.

setelah mengkaji dengan penat selama 2 hingga 3 hari, akhirnya misteri telah terungkai dan terbongkar. *entiti* yang kononnya tertangkap di dalam foto(di post terkini), entiti itu sebenarnya adalah makhluk tuhan paling seksi, iaitu Rafie(bukan nama penuh). untuk mengukuhkan bukti-bukti bahawa itu adalah Rafie, foto foto di bawah akan membuat anda lebih percaya. Dipersilakan.



Thursday, August 14, 2008

makhluk aneh ditangkap?

Baru baru ini, aktiviti berfoto-fotoan berlaku tatkala malam hari di ruang legar rumah. Satu foto *aneh* ditangkap secara tak sengaja oleh tukang foto(nama tidak dapat disiarkan disini demi menjaga keselematan beliau) dan hasilnya adalah berikut.



Mengikut pengkaji foto yg dijemput khas dari Uruguay, imej yg menyerupai manusia memakai telekung(bahagian atas sahaja) adalah sebuah entiti yang mungkin juga *penghuni* kepada rumah tersebut. Foto ini juga terbukti kesahihannya oleh beliau bahawa tiada unsur unsur pengubahsuaian imej yang berkait dengan perisian Photoshop. Adakah ini satu misteri? Atau semuanya tipu helah? Kami akan letakkan maklumat terkini dengan segera untuk merungkai misteri ini. Nantikan...

kumpulan persidangan.

dah lama tak post blog.
rindu pula kt blog kelas bawah.
asyik dengan Mob Wars dan Premier Football je di Facebook.
inilah akibatnya.
hahahahah..
serba sedikit foto foto terbaru kumpulan pesidang.








lokasi : pengumpulan sampah Blok 6, Lagoon Perdana
masa : selepas lawatan wajib Warung Pojok (6.30 p.m)
tarikh : kurang pasti
insan terbabit : baju kuning - Rafie
kolar putih - Syakir
rambut panjang - Azha
baju hitam - Jubei' (penumpang)

Friday, August 8, 2008

CHERITA KU PULA.

ku ingin bercerita tentang kisah ku pulaa. maaflah jika kamu semua rasa ku menyibuk. hari ini hari jumaat. ku pasti ramai yang suka hari jumaat. maklum lah, penghujug minggu. hari yang amat bahagia. boleh lepak, borak- borak, makan, main card dan tenangkan fikiran. tapi, berlainan bagi ku. hari jumaat ku pada hari ini penuh dengan kekoyakan, kesedihan dan juga kesepian. uhhhhh.

alkisahnya begini. ku pulang dari tempat belajar jam 11. bergegas ke Kuala Lumpur kerana hari ini ada interview. interview untuk memohon biasiswa. interview dengan siapa tak perlu lah tahu. bangunan yang harus ku pergi berhampiran dengan KLCC. di surat kata nya interview jam 12.20 pm. ku sampai di bangunan tersebut jam 12.00. ku tunggu. dan menunggu. sudah jam 12.20 tapi nama ku masih belum di panggil. sementara menunggu, ku berkhayal. termenung jauh. memikirkan apa yang akan di soal. cuak amat lah ketika itu! haihhh. gementar saja. dah laa tunggu keseorangan. tunggu dan tunggu.

15 minit seterusnya, ku di panggil. ee sumpah cuak gilaa. tapi tak pa. hidup perlu diteruskan. ku pon masuk. beri salam tanda hormat. ada tiga orang penemu ramah. perempuan semuanya. wahhh, muka mereka.. garang amat. nak senyum pun susah. ee takut. ok. soalan demi soalan di tanya. bukan main susah. sehingga ada soalan ku tak mampu jawab. ku terdiam. tidak tahu mahu jawab apa. tiada yang terlintas di fikiran. arghhh. mereka bertiga pandang ke arah ku dengan muka bosan. ohh no! koyak la sial. siot! hurmm, bukan setakat satu soalan shj ku begitu. dua tiga soalan. wehhh, memang mati. ku hampa. sangat hampa. akhirnya mereka tiada soalan yang ingin di tanya kepada ku. *mungkin dah bosan dengan ku agak nya* ohh koyak. ku ucap terima kasih dan sorry kepada mereka. mereka bertiga memandang ke arah ku tanpa senyuman. koyak dohh!

ku keluar dari bilik tersebut dengan perasaan hampa dan sedih. apa lah nasib ku. tak reti bersoal jawab. bodoh betul. banyak ku berfikir. ku dapat rasa kan memang ku tak layak untuk mendapat scholarship seperti rakan-rakan ku yang lain. sedih. mereka dah dapat scholar, pengajian mereka terjamin, tapi aku? masih mencari. terkapai-kapai. huhh. entah-entah memang tak dapat. perkataan terbaik untuk ku ialah "tak layak". koyak siott. ku terus sms rakan baik ku. yelaa, konon nya ingin bercerita kisah koyak. nak bercerita kepada si dia, tapi si dia jauh nun di sana. rakan baik ku pon menelefon. ku baru shj mahu bercerita tiba-tiba rakan ku berkata "can i call u back? battery kong" hurmm ok, takpe. sedih la sialll. tiada siapa mahu mendengar cerita ku. koyak!

ku habis di interview jam 1.20. tidak tahu hendak ke mana lantas terus berjalan ke KLCC. berjalan keseorangan. langkah ku amat perlahan dan kecil. koyak amat. terkenang betapa bodoh nya ku di dalam bilik interview tadi. ku lalu di taman KLCC di depan masjid. jalan sorang-sorang. waktu itu, azan zohor sedang berkumandang. ku seperti berada di lautan lelaki. mereka semua ingin ke masjid untuk solat jumaat. ku pula berjalan arah bertentangan. malu sangat kerna semua nya lelaki. tapi tak pa. tempuh sja lautan lelaki itu. ku teruskan perjalanan. ketika sedang berjalan, ku terpandang satu couple gay bangla. berpegangan tangan. mesra. gembira. bisik hati ku "ee, geli". tapi ku terfikir semula, hak mereka. mereka tak sepi seperti ku. mereka bahagia.

sebaik sahaja ku sampai di dalam KLCC, ku menuju ke foodcourt. lapar. beli sizzling yee mee. teringin. tapi, alangkah sedih nya, makan keseorangan. ku duduk sorang-sorang. tiada teman. baru nak start makan, garpu ku pula terjatuh ke lantai. perghh. tak kan nak bangun pergi ambik yang baru dan tinggal kan makanan ku di meja? dah la keseorangan. akhirnya, ku makan dengan menggunakan sudu shj. takkan nak makan sizzling mee guna tangan kalau ye pon. koyak bai! sepi. sangat sepi. mereka yang berada di sebelah meja ku pula syok bercerita, bergelak tawa. aku pula sepi. arghhhh! terus tak selera. makanan tak habis *maaf*

selesai makan, ku belah dari situ. malas mahu tunggu lama-lama. lantas, ku pon bergerak pulang. naik LRT. again, keseorangan. berdiam diri dalam LRT hingga ke Kelana Jaya. termenung ke luar terfikir kisah koyak ku, kisah sepi ku, kisah sedih ku. apa lah nasib ku ini. terasa ingin mengalirkan air mata tetapi ku tabah shj. tiba-tiba, emak ku sms bertanya bagaimana interview, ku kata 'ok' walaupun tidak sebenar nya. tak mahu kecewa kan dia. tak mahu musnah kan harapan dia. *maaf ibu*

hari yang malang bagi ku. hampa. koyak. sedih. sepi.

dah la ku dah mengarut. maaf kalau ku buang masa kamu semua untuk membaca karangan bodoh ku ini.

*kini, ku hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar memberi yang terbaik untuk ku*


amin.

Monday, August 4, 2008

Warga sekalian.

Mari berkenalan bersama ahli lagoon perdana.

Tetamu kerap.

1.Bobo

Anak didikan SMK Taman Melawati dan MRSM Pendang ini kini menuntut pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Undang-undang. Dia berkemungkinan besar akan terbang ke selatan Australia takpun Kota London untuk menyambung pelajarannya pada tahun hadapan. Doakan buat dia. Seorang yang aktif memandu kereta gedang dan suka membantu rakan dalam apa jua keadaan. Rambutnya adalah aset termahal buatnya.

2.Jubei'

Ini Jubei'. Kini di Victoria University, Sunway. Hidup riang di dalam kesepian. Suka bergelut melakukan aksi 19 tahun bersama rakan lain tatkala sebelum tidur. Penumpang terkerap dan banyak menyumbang air liur basi di hampir semua bantal yg terdapat di Lagoon Perdana. Maaf rakan rakan kerana selalu mewujudkan diri di lagoon. Menyemakkan, bagi erti kata lain. Maaf sekali lagi.

Tuan-tuan rumah.

1. Azha

Azha atau nama panggilan manja, Joey dibesarkan di kota Cheras. Dia suka melakukan aksi-aksi yang membabitkan pembukaan baju. Badannya gedang, namun tak segedang Mista. Hobi lazim, mencari gadis dan tidur dengan kusyuk. Mula menggemari daging kambing setelah mencuba sate kambing di Warung Pojok. Kini menuntut di Monash University, Malaysia di bawah tajaan MARA. Mengambil jurusan Bioteknologi kerana katanya, dia suka akan cabaran.

2. Syakir

Syakir yang berasal dari negeri Perlis merupakan bekas penuntut MRSM Langkawi. Dia juga adalah rakan setadika Jubei' sewaktu di Montessori Putra Putri dahulu kala lamanya. Dengan gelaran *Ustad Liar* mukanya memang tenang dan tak pernah gusar. Merupakan antara pemain futsal yang digeruni kerana rembatan superb nya yang boleh membuatkan gadis gadis terjerit di tepi kandang permainan. Juga merupakan anak tajaan MARA di Monash University, dalam jurusan kejuruteraan.

3. Rafie
Rafie ataupun *Roughly* antara pelajar terbaik SPM pada tahun 2006. Merupakan anak kelahiran *Pride and Tradition* iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar. Gemar bermain gitar tak kira waktu, namun lebih cenderung untuk bermain pada waktu malam. Bunyi gitar yang dihasilkan olehnya unik, dan asyik untuk didengar orang ramai. Mempunyai teman dari Bangladesh yang sangat memahami dan mengambil berat akan dirinya. Rafie seorang insan yang sangat beruntung, kerana disayangi ramai. Kerap berlari masuk ke bilik untuk membuat panggilan *mesra* di kala malam hari. Juga mengambil jurusan kejuruteraan di Monash University bawah tajaan MARA.

Warung Kesukaan. Pojok oh Pojok.

Warung Pojok.

memang tempat makan bagi orang kelas bawah macam kita. menu masakan sedap dan enak. minuman tak ketinggalan. para pengunjung pula ramah ramah belaka. pengunjung, *majoriti Indonesia* lah, kerana warung itu sendiri kepunyaan warga indonesia. anak muda melayu yang singgah di warung pojok tuh, muka muka kitaa saja lah. yang lain seakan tak sudi.

iyalah, tengok tempat macam mana kn.



dua foto sahih ini menunjukkan sekitar kawasan dihadapan Warung Pojok tersebut. memang bau dan aroma akan dinikmati para pengunjung sebelum, semasa mahupun selepas menjamu selera di sana.



Namun, makanannya memang enak enak belaka. Sate Kambing, Ayam Penyet, Burung Penyet, Soto Ayam, Bakso, Pecel Lele antara makanan yang dijual di situ. Foto di atas menunjukkan sisa sisa kuah sate kambing yang baru saja dijamah oleh saudara Azha dan Jubei'.


Extra Joss Susu merupakan daya tarikan pengunjung ke sana. Air tenaga yang dimodifikasi dengan campuran susu memang sesuai untuk menjadi penghilang dahaga dan dapat mengembalikan tenaga dengan kadar yang cepat. Tengok sajalah foto di atas, Izlan dan Balu seakan teruja menikmati minuman tenaga itu. *Balu seperti biasa, mata tutup satu*


Jangan risau. di sana terdapat tempat membasuh tangan seperti restoran restoran lain juga. Namun, tandasnya juga menarik perhatian bagi pengunjung *baru* ke sana. Kalau mahu tahu, pergilah lihat sendiri. Foto menjelaskan Jubei' yang baru selesai makan Ayam Penyet + Sate Kambing 5 batang + Extra Joss = Rm 8 , lalu cabut membasuh tangan. *Rambut di dalam foto itu adalah kepunyaan Yaya*

Jadi, kepada sesiapa yang terasa ingin mengunjung ke sana, jangan malu malu bertanya kepada pihak kami, terutama saudara pemandu teksi. Boleh bawa sesiapa saja ke sana. Mari Mari Mari. Sekian.







Saturday, August 2, 2008

puisi: rakan baru ku...

permulaan hidupku,
bersama rakan baru...

hari pertama jumpa...
ku seorg diri di khelas baru...
tiada kenalan lama...
hnya wajah2 asing yg ku lihat...
memandang ke meja sebelah...
seorg jejaka kacak,bukan warga malaysia...
salam perkenalan diberi...
sedikit terhibur melihat aksi ghairah beliau utk belajar...
asyik bercerita pengalaman masing2...
fikirku, hubungan kami bakal rapat...
namun,segala indah tamat disitu...


isnin,
ASSignment pertama diberi...
dia gusar...
dia panik...
dia mula pening kepala...
malang menimpaku...
aku bersama dia dlm 1 kumpulan...


kutabahkn hati...
kukuatkn semangat...
kekeraskn mental...
aku boleh lakukan...
seorg teman berkata pdku...
"boleh improve english kau"...
ya,itu ku pegang tapak pendorongku...
mari lakukan....


jumaat,
assignment bakal dimula...
datang dia pd ku...
kata dia...
dia semakin panik...
dia: do u hav clas diz evening?..
ku: yes, math tuto...
dia: hmm,can u skip the class, coz i wan to start da projct...
dlm hatiku: bodo ke apa bangla nie?...
aku disuruh skip klas?...
oleh dia...
adus...
setelah sedikit bicara,dia akur utk bertemu selepas kelas...

kala math tuto,
duduk disebelah syakir...
hanset berdering...
panggilan dr dia...
dia: hallo rafie do u still hav class?
ku: yes...
dia: when will it finish?...
ku: 6 pm...
dia: orait then,call me afta klas...
aku berharap dia phm... namun...


15 minit kemudian,
hanset kembali bergetar...
panggilan dari, dia...
dia:do u still hav class?...
ku:yah(dgn nada malas)...
dia:ok...
ini payah...
runsing fikiranku...


15 minit kemudian,
ku sdg sibuk dan tekun menela'ah...
bertnyakn rakan soal yg xku paham...
hanset berdering lagi...
ku cargas mengangkat...
rupanya,dia lagi...
dia: still in class?...
ku: yes...as soon as i finish class ill call u la,dun worry...
dia: orait...
ku mula rimas...
panggilan selepas itu ku hirau saja...

habis kelas,pkl 6,
bertemu beliau...
berbincang...
sejam,tiada hasil...
melepas hidangan pojok ku...
esok sambung project,dgn dia lagi...


hari ini,
bgn pagi pkl 9...
dia call pkl 10 srh dtg pkl 11...
10.30 call lg...
bangsat tul dia...
bertemu d monash terus ke pyramid...
barang dibeli...
ke monash kembali teruskan project...
ku mula bwat project...
bantuannya cuma kecil,hnya duduk disitu,berdiam diri...
ku siap project,pegi test run...
hampa,gagal ku rasa...

dia,yg tiada bantuan,mula byk ckp...
ive told u soo...u said 2 relax...now what?...im going to fail...ill be going back to bangladesh...were finish...
ku, sabar dahulu...

cubaan kedua...
tnpa fikir byk...
cantum segala idea...
ku bina project lagi...
dia cuma duduk,sambil makan makanan baru beli d pyramid...
xpa,ku buat sendiri...
siap,ku rasa lebih bgs...
ku test run ia...ada peningkatan,tp masih lemah...
ku terus hampa...

dia,yg masih terduduk mkn mknnnya...mula buka mulut lg...
u see,its rubish...we all going to fail...u can kiss u scholar gudbye...ive told u already...

ku,yg mulanya tenang,terus meletus...
hey u,its rubish n u blaming it all on me...i do this stuff alone,u just sit there eating ur food,yet u still wan to blame me?...yesterday at class u keep bugging me evry 15 mnts, i cant concentrate...i think of da idea,i built it,yet im 2 be blame?...fuck..u just talk,talk,talk n talk...shit...

dia,terus gegar dgn kemantapan vokal ku...
ok,ill stop talking...sori man...

pergh,ist tym ku marah warga asing...sedikit bangga...
dia terus diam buat apa ku suruh...
baru dia rasa siapa abang long...

huh,maaf...
sedikit emosi...
demam pula sekarang,kena penangan bangla itu...
tp semua belum tamat...
ku tunggu hari esok pula...

Pemandu teksi tak bertanggungjawab. guaa lahh.

guaa manusiaa. manusia biasa. takdak kelebihan apa pun. sama saja dgn orang lain. dan yaaa, gua penah buat salah. selalu. selalu sangat. biasaalaah tuhh. semalam pun samaa. sampai ramai pihak yang marah maraahh.

kenapa? sebab gua tinggalkan orang. tinggalkan gadis. gua ngan mmbe guaa janji nk angkat dia kt college. nk g damai mulanyaa. tapi semuanyaa tak jadii.

ceritanyaa.
gua pulang rumah ngan kawan guaa yg lain. dlm kereta, 4 org. keta gua tak besa mana. paling muat 6 orang. guaa smpai umah lepas anta gadis tuh, kira kira senja laahh. so lepak lepak umah, kena lamaa sikit. kalau tak, apa kata mak gua. buat umah cm hotel, balek amik baju, pastu chow.

guaa tanak cmtuh da. kena laa lepak lepak dulu. tym gua kt umah, ada 2 mmbe guaa da roger, minta tolong gua amik kt mentari sorang, lg sorng kt Ou. masing masing terkandas. tiada transportasi. guaa bingung, kete tak muat nak sumbat. japg nk kne angkt gadis kt college. naik pening. gua pening.

gua coba buat keputusan, gua mintak tlg mmbe gua yg lain yg duduk berdekatan kt ou, tp malang, die xleh nk tlg amik mmbe gua kt ou tu. die kt ou dari jam6. tunggu org amikkn. xde. yg kt mentari pun sama. gua minta kwn baik gua yg dok kt stu, tlg amik kwn gua kt stu. mereka saling mengenali laahh. tp dia punya hal, tak dapat jemput dgn awal. jadi, kne gak laa gua tlg amik deorng duaa. yg kt mentari tuh, lagi laa.. kesian. tunggu kt stu sejak jam 6.45 rasaa. lagi xleh buat apa2. sbb dari komuter station. so, dlm jam9 xsilap, gua gerak dr umah. angkat 2mmbe gua kt mentari dan ou.

gua pun tinggalkan gadis tuh kt hostel college ngan mmbe dia(kesilapan guaa lakukan sampai dimarahi rakan diaa). gua terpaksaa!! kete gua tak muat nk sumbat!! gua xleh buat semua benda dalam satu masa. maaf sangat sangat. gua tau, gua da janji nk angkat dia kt college. tapi nk buat camna, keadaan memaksa.

kalau gua tak angkt mmbe gua yg terkandas, apa pulaa jadii. deorng daa laa takde transport lgsng. gua pikir, gadis tuh atleast die lepak ngan mmbe die, ade mnde die leh wat lg. ade back up plan. die bleh laa ikut mmbe die tuhh. tapi itulaahh, anggapan dilakukan. dia kata dia ditinggalkan. gua terasa. sebab gua yg pegang stereng keta. gua yg decide sume. gua salah.

lepas angkt mmbe gua kt mentari dan ou, kitorng gerak rasta. tak jadi g damai. tak larat. mood ilang sikit. lgpun, bobo tak jadi nk belanja maghdud. kesana dgn sebijik kete, 6org. penuh. smpai rasta, gua roger laa mmbe gua, yg dok dkat tmn tun. cl die, then die ckp die tak larat, lgpun sok die ade hal. kenduri kut. guaa pun tak paksa laa. tapi, lepas tuh tiba tiba dia cm marah gua.

"kau da laa tinggalkan *gadis* tuhh kt hostel. janji nk amik die, tp xamik. da laa bday die. kesian ah die. kate kelas bawah. asal cmni lak." lebih kurang cmnh la.

gua bingung. terkejut. cmne die ni pun leh tau. yaaa, memang salah guaa kn. tinggalkan budak tuh. da la bday dia. buat dia cmtuh. bday patutnya hari gembira buat dia. tp semua ni terjadi.
pstu, gua minta mmbe gua anta mesej kt die, tnye ktne sume. pstu die reply,

"apa lu kesah. lu da tinggalkan gua, nk sibuk sibuk tanya gua kt mana asal." lebih kurang.

haaaa. terkejut guaa baca. tp bkn dia yg reply, mmbe die rupenye. tgk, sume da panas. sbb keputusan yg gua buat. yaaa, salah guaa kn semua nhh?? kalau guaa tak angkat mmbe gua tuh, bole laa gua angkt gadis tuhh. kan. tapi gua nk betulkan, dlm situasi nh, jgn salahkn mmbe gua yg minta tlg guaa. sbb deorng pun tak sangka semua ni terjadi. deorng tak tahu situasi yg terjadi. tp gua pasti, gua salah. sebab gua letak janji pada gadis tuh utk angkt dia nk gerak damai nanti. maaf banyak banyak. perlukah gua ulang shoutout gua kt fs tuhh..

"kalau wa mampu buat semua benda dalam satuu masaa, dahh laama wa buaat. maaf semuaa."

kpd rakan rakan si gadis, gua minta maaf sgt2 laahh. gua harap kalian memahami situasi. kalau tak paham gak, takpe. minta maaf lahh. gua cuma minta korng ingat, gua bukan sempurna dan cuma manusiaa biasa.. insyaallah kalau ada rezeki, gua beli hummer sebijik, besa sket kete guaa. bole sumbat bpe ramai.. takde lagi masalah ditinggalkan cmnh. maaf maaf maaf.

gua pemandu teksi yang tak bertanggungjawab. tak letak janji pada tempatnya. iyaah, pemandu teksi. salam.

Friday, August 1, 2008

idolaa kami.


Salam. Ini Mista. Idola kami masa kini. Kenapa dia dipilih sebagai idola?
Semua pasti tertanya tanya. Ini serba sedikit tentang dia.

Nama : Mista (bukan nama sebenar)

Pendidikan : Kolej Melayu Kuala Kangsar, Universiti Islam Antarabangsa

Umur : 19 tahun (2008)

Hobi : menggedangkan diri, shisha sampai puas, menolong rakan dalam kesusahan

Prinsip : Shisha Jamaica dan Grape Sugus terbaik.

Pengalaman pahit : membuat bayaran RM10 kpd polis di Highland Tower.


cukup. identiti kecil buat diri beliau.
personalitinya membuat semua jejaka di sekitar rumah Lagoon Perdana tertarik dan
terpesona. sinar dan cahaya pada wajah membuat *abang abang* gedang lain jatuh hati.
Mista Mista Mista. Sebutlah namanya barang 5 hingga 6 kali.
Pasti sukar untuk lelapkan mata, atas aura pada namanya itu.

KAMI SAYANG MISTA. MISTA PENYELAMAT REMAJA.

permainan penghilang duka

main kad? kad apa?
pastilah playing card.
yang ada Jack, Queen dan King tuh.
mari main kad.
siapa pandai main kad?
BAWAK DATANG.

kad tuh boleh buat macam macam permainan.
cukuplah sebagai penghilang duka.
koyak dapat dilupakan buat seketika.
Syakir kononnya raja menipu.
Azha kononnya raja buat silap mata.
Rafie kononnya raja speed.
masing masing punya peranan.
seronok kan dengar.
teruja dan terkesima bila bermain bersama.
ramai yang dah kunjung ke mari, semata mata utk bermain kad.
walaupun rumah kosong, usang, berselerak,
tapi bila ada pengunjung dan tetamu,
semua nampak ok. cantik. lawa.
*kemas tuh tak lah*

foto foto tika bermain kad.
Jubei' kusyuk melakukan aksi magis pada saudara Paan, tetamu pada malam itu. *tiada di dalam gambar* (sumber gambar oleh Azha).



Saudagar Paan sebelum memulakan helahnya yang terkantoi pada pertengahan aksi. (sumber foto juga oleh Azha).