Monday, November 24, 2008

sakan kemain.

INI SEMUA,

Dah tamat final punya pasal.
The Times punya pasal.
Agrobeats punya pasal.
Percuma punya pasal.
Numa punya pasal.
Nafsu punya pasal.

itu yang tergerak hati batangan semua ke Laundry Bar, The Curve. aelaa, campur chart. senaman ringan kat sana. memandangkan ada The Times dan Agrobeats. dah lama tak menghenjutkan diri di pesta kecilan sejak menduduki peperiksaan akhir semester. ada pun aritu lah, Flyflm punya majlis ringan di One Utama. tak best mana. *sebab sampai lambat!* balu kecewa, takleh nak tonton aksi rakan yang juga idola dia, SEWLLLYY LEEWWLLLYYY.tanak banyak cte, kalian tgk je lah foto foto manis yang ada ni haa. selamat.

Bassist band apa entah, tapi dia digelar sbg Kot* Besar. Main bajet best dan bajet rockstar. Kesimpulan, lebih menjurus kepada syok sendiri. Tahniah buat dia kerana berjaya buat orang rasa gila menyampah dan rasa nak terajang, seperti yang dihajatkan oleh Numa. Numa lah lagi sempoi, deorng ni tengah perform, die bantai jerit jerit lak, "KAMI NAK THE TIMES!!!!!" kelakar gila laa sial! Tapi drummer dia je yang cool. Lead guitarist pun memang stailo, terer tapi lepak je. Yang ni je dok gelabah (rujuk pada foto).. panas lak!!!


Ini Dragon Red. persembahan awal dan agak memberansangkan telinga dan jantung para pengunjung. Jeritan dia kalau boleh nak sampai Azim Shisha kat Rasta boleh dengar. Tapi rasanya Azim tak dapat dengar kut. Maka tak berhasillah usahanya. Papahal pun, boleh tahan juga deorng perform. Abu, si DJ Nasty tiada pada malam itu. Mungkin ini membawa kekecewaan buat gadis yang tergila-gilakan dia mahupun jejaka yang meletakkan dia sebagai idola mereka. haaa??


Haaa amik.. tuu dia wehhhh!!! Wajah keceriaan, kesetiman, keseronokan yang jelas terpampang di muka mereka semua. *esp Bantal doh* hahahaha.. HOOOIIII!! PAKCIK PUN ADAA?? gila ba*i laa sial. hahahaha. tapi, paling takleh blah sekali. Burger kena bahan dengan para rakan, "bergeeeeeeerrrrrr!!!!" temannya yang merupakan Keyboardist Agrobeats. perghhh, phewiiitt!!

Naza dan Mun, dari The Times sedang bersiap untuk beraksi. Layan beb, sumpah layan!! Time ni, sume orang dok jerit, "THE TIMES, THE TIMES, THE TIMES!!"

Gila stailo mailo. Gitar dia cantik. Suara dari gitar pun gemersik. NGAAUUMM!! Tapi sound malam tuh kurang sedikit. terlalu echo. tak clear juga suara. dok tanak depan sekali pulak kan.

Numa, berwajah gembira setelah hilang suara melalak di dalam Laundry. Objek putih yang panjang adalah poster The Times, yang diberi percuma oleh brader sebelum The Times beraksi lagi. Ini semua hasil daripada pancingan maut dan kata kata manis yang dilemparkan dari mulut si Ikan Lemas. Tahniah dan syabas.

Mereka, Peteh Rafie dan Aral bergembira di perkarangan Cineleisure. Namun, wajah Aral masih kelihatan gusar dan gelisah, gara-gara memikirkan exam yang akan diduduki buat pertengahan bulan disember nanti. Rafie, besoknya dah henjut kapal terbang balik ke Sabah, akhirnya setelah tiket yang pada awalnya tersalah beli oleh akak nya, yakni bertarikh tanggal 18.SATU.2009.

Hampir keseluruhan daripada mereka. Encik Zack pun ada. Syabas, rakan artis dah mula lepak dengan kita. Sedikit bangga. Hahahaha. *tengok, Aral pakai jaket. nak cover perut malam tuh, gamaknya.* berjaya usahanya, tahniah. Sakanlah wehh korang, hahahahah..

Sekian,
ada tersalah ejaan harap maafkan.
*sound awal awal* hahahaha :)






3 comments:

Shazuan Ali said...

luks like u guys has so much fun!

encik zack said...

saya bukan artis-an

Anak Anak Kecil said...

agak seronok.
since paper da tamat.
hahahahha.

kau tetap artis di hati aku, encik.