Tuesday, October 14, 2008

Perayaan Kecil Kecilan.


Baru saja lagi. taklah lama sangat. kira kira raya ke 6 lah kut. berangkat ke rumah Hannah, bukan Hannah Montana di kaca tv. tapi Hanna Zahidi, tuan puteri Economic MUFY 2007/08 dan Monash Uni 2008. katanya, ada makan kecil kecilan di rumahnya. kami pun berangkat ke sana. Azhar, Syakir, Aral. tiga batang bergerak sesama. Kali ini tanpa Rafie. Mau belajar katanya. Kasi can lah. Jangan jangan Kayden Kross, takpun Audrey Bitoni. OOPPSS MAAF RAFIEE!!

kira kira jam 8.30, tiba di Tropika Indah. Wilayah rumah Hanna.
Rumah orang orang berada gamaknya. Guard punya sekuriti ketat dan cemas. BAGUSLAH. TAKDA MASALAH MASALAH NEGATIF BERLELUASA. HARAP HARAP.
haaa terbaik!! sampai sampai, tengok takde orang. takde org yg belum tiba lah, maksudnya.
kami ORANG PERTAMA siiuut. segan laharnat. *sengaja tambah "r" nak hilang kekasaran*.
mau takmau, masuk saja. lantak saja. buat tak tau saja. perut dah berkeroncong kuut.

Kuih raya. terhidang macam tu saja atas meja. Aral ORANG PERTAMA yang menyambar kuih kuih itu, diikuti oleh Azhar dan yang lain. Buatan ibu Hanna sendiri, menurut sumber ringkas. Yang terbaik, paling sedap, kuih takde rupa dan bentuk, yakni Cornflakes kutt. Sedap weh. Stailo Mailo jugak lah. *tapi tak cukup bai*. Mee Bandung tunggu kat meja makan. Panggil panggil perut kami, terutama perut Coach, Aral. Yang tambah stail nye, mee itu masakan Hanna dan Bapanya, Enchik Zahidi. GILAA TERBAAIKKK SIIIUUTTTT!!!!!!!

habis makan, bagi peluang orang lain pula. tetamu datang tak ramai mana. bak kata Hanna, teman teman terdekat saja. Peja, Yaya dan Aizat, Faiz, Jaf, Hariff dan Mattop antara yang datang. *FS FS FS FS FS* maaf kalau kertelaluan. hahah sedikit jenaka di situ. makan makan, lepak lepak, borak borak, gurau gurau, mesra mesra. itu saja aktiviti sekitar ruang tamu rumah Hanna. adalah juga, ambil foto foto buat kenangan kan.

Terima Kasih banyak banyak buat Tuan Rumah, Tuan Puteri, Tuan Masakan Mee Bandung, Hannah Zahidi yang menjemput kami ke istana Tropika Indah anda. Selamat Hari Raya buat anda, dan semua. *tapi tak dapat duit raya ohhh pergi rumah dia. hahaha :p*

AMARAN KERAS : Jangan bertanya kenapa entry ini berwarna warni. Copycat barangkali. Hahahahaha.

Tuesday, October 7, 2008

pembetulan diri

setelah sekian lama.
x berkarya.
datang ilham pula untuk membalas kesilapan seseorang.
seseorang yang dahulunya dekat.
...
kini jauh..
kepada pembaca budiman yang terasa.
jangan lah segan untuk bertanya,
kami perlu sedikit khidmat nafsu.
sedikit pun tak mengapa.
bak kata pepatah..
sedikit sedikit lama-lama jadi bukit,
BUKIT??
walaupun bukit itu pernah disentuh.
oleh abang kerinting comel..
tetapi kali ini..
yang lurus..yang menggerbang..
yang pusing-pusing keatas x turun-turun.
juga mahu merasa nikmat bukit indah kecil comel.

terus kepada titik itu.

kalau x makan cili.
lidah x meraung kepedasan.

bukti semua dah ada.
kain putih..
pencuci muka.
diari coretan kenangan.
air liur basi di bantal besar si kerinting comel.
semua ada.

....
sedikit sahaja permintaan hati.
kalau dah terbaca.
reply ASAP.

kalau bukti tersebar.
perang tercetus.
maruah tercalar.
hubungan terputus.


jangan segan-segan.call je abang rambut gerbang.
x kan x kenal.
dulu tidur seselimut sebantal..
hehhe.

Tuesday, September 2, 2008

pemergian Si Jantan.

Menyedihkan. Menyayat hati. Penyesalan. Namun harus akui dengan takdir tuhan. Baru-baru ini, Si Jantan Saisod, (hamster pemberian Saudara Mamsod Gebu) telah kembali kepada Nya. Si Jantan Saisod, telah meninggal dalam keadaan misteri, yakni tiada tanda-tanda bahawa si Jantan akan "kembali". Namun, ajal tiada siapa yang tahu. Pemergiannya diketahui oleh Saudara Syakir dan Rafie setelah pulang dari makan malam, lantas melawat sangkar usang yang merupakan pondok tinggal si Saisod. Mereka terkejut kerana melihat Si Betina Saisod sedang menggigit-gigit si Jantan yang sedang baring tanpa sebarang pergerakan. Itu tandanya Si Jantan sudah pulang kepada-Nya. Syukurlah kerana Si Betina Saisod masih aktif dan menjalankan kehidupannya seperti biasa, iaitu bersenam di roda kuning, masuk ke lorong warna-warni, guling-guling setempat dan lain-lain aktiviti yang sering dilakukan oleh hamster-hamster normal. Namun, apa yang menyedihkan lagi, Si Betina kini hidup keseorangan tanpa memiliki khidmat seks dari pasangannya lagi, iaitu Si Jantan. Kami sangat berharap Si Betina akan cepat mengandung dan memiliki anak atas hasil percantuman tubuh (bersetubuh) yang telah kerap kali dijalankan oleh pasangan hamster itu pada dahulu kala. Rakus, buas, dan nakal. Itu Saisod. Moga-moga rezeki murah. Miliki anak lagi. Doakan rezeki Si Betina agar memiliki zuriat dan waris Saisod.

Foto di atas menunjukkan Saudara Azhar yang sedang cuba menenangkan Si Betina atas kematian dan kehilangan suaminya, Si Jantan Saisod. Dari sinar mata Si Betina itu sendri, kita dapat merasai betapa pahitnya kejadian dan ujian yang menimpanya. Syukurlah kita dengan apa yang kita ada sekarang ini. Insyaallah. Salam takziah buat Si Jantan. Al-Fatihah.

Tuesday, August 19, 2008

Beriadah Seketika Bersama Lee Cooper!

Tanggal 18 Ogos. Jam8 lebih lebih. kumpulan kaami bergerak ke Pyramid. Bertujuan nakal dan buas, yakni menghadiri majlis kecil yg dianjurkan oleh saudara Lee Cooper di Cocoa Banana. Beberapa band musik hadir utk menghangatkan keadaan dan suasana di ruang legar kelab itu. Antaranya The Times, They Will Kill Us All, Bittersweet dan Meet Uncle Hussein. Ramai anak remaja muda ke sana, untuk menghilangkan rasa kusut di kepala dgn menggayakan *head banging, lompat lompat kuda, menari tak ikut step(seperti Aral) dan lain lain* sambil diiringi nyanyian band band tersebut. Aktiviti itu sememangnya mengeluarkan peluh yang banyak(bukti kukuh di badan Bantal), dan menyeronokkan walaupun ada yang penat, seperti Azha yg berdiri duduk, berdiri duduk.

Aktiviti itu diakhiri dengan persembahan Bittersweet dimana sebelumnya Meet Uncle Hussein beraksi di atas pentas disko dansa. Namun, apa yang hangat pada malam itu adalah, Vokalis M.U.H terjatuh lalu diangkat oleh saudara Jubei' lantas mengambil beberapa kepingan foto bersama. Selain itu, saudara Aral begitu gembira kerana dapat bersalam tangan dengan selebriti Juliana Evans iaitu salah seorang artis pujaan beliau. Sehingga sekarang, Aral tidak mengambil wuduk kerana takut akan kehilangan bau tangan si Juliana(jangan ikuti perlakuan Aral yang tak bermoral ini). Ini sedikit sebanyak foto foto yang menceritakan suasana sekitar di Cocoa Banana.

a)
b)c)d)
e)f)

g)h)i)

a) ketibaan di Sunway Pyramid. tak sabar. sakan betul.

b)Aral yang seakan mabuk ketika melayan lagu dari Meet Uncle Hussein sambil berdansa mencapah.(tolonglaa ketawa bila tenung pada muka Aral!) bak kata Bantal, muka macam Ujang. *maaf bagi pihak Bantal*

c)Meet Uncle Hussein sedang beraksi. La La La Kerjalaahh!!

d)amiiik hanngiiinn!! lepak duluu, sap kok luuu!!

e)Ijat sedang menari ala ala kuda padi. Layanan musik yang kusyuk!! Syabas buat luu!!

f)amboi, dengan pakcik Hussein(vokalis M.U.H) maaa.. Jubei' seakan teman akrab ketika tadika dengannya(maaf Syakir).

g)sakan semua. maauu jugaaa!!!(cemburu hati dengan Jubei') Thanks juga buat azha si kamera.

h)Tambun, Numaa dan Bantal bersama wajah wajah keterujaan masing-masing. Aral pun mau jugaaa!!

i)kumpulan. setelah tamat.(lihat baju bantal. bukti peluh!)

Saturday, August 16, 2008

kesinambungan misterius di lagoon.

setelah mengkaji dengan penat selama 2 hingga 3 hari, akhirnya misteri telah terungkai dan terbongkar. *entiti* yang kononnya tertangkap di dalam foto(di post terkini), entiti itu sebenarnya adalah makhluk tuhan paling seksi, iaitu Rafie(bukan nama penuh). untuk mengukuhkan bukti-bukti bahawa itu adalah Rafie, foto foto di bawah akan membuat anda lebih percaya. Dipersilakan.



Thursday, August 14, 2008

makhluk aneh ditangkap?

Baru baru ini, aktiviti berfoto-fotoan berlaku tatkala malam hari di ruang legar rumah. Satu foto *aneh* ditangkap secara tak sengaja oleh tukang foto(nama tidak dapat disiarkan disini demi menjaga keselematan beliau) dan hasilnya adalah berikut.



Mengikut pengkaji foto yg dijemput khas dari Uruguay, imej yg menyerupai manusia memakai telekung(bahagian atas sahaja) adalah sebuah entiti yang mungkin juga *penghuni* kepada rumah tersebut. Foto ini juga terbukti kesahihannya oleh beliau bahawa tiada unsur unsur pengubahsuaian imej yang berkait dengan perisian Photoshop. Adakah ini satu misteri? Atau semuanya tipu helah? Kami akan letakkan maklumat terkini dengan segera untuk merungkai misteri ini. Nantikan...

kumpulan persidangan.

dah lama tak post blog.
rindu pula kt blog kelas bawah.
asyik dengan Mob Wars dan Premier Football je di Facebook.
inilah akibatnya.
hahahahah..
serba sedikit foto foto terbaru kumpulan pesidang.








lokasi : pengumpulan sampah Blok 6, Lagoon Perdana
masa : selepas lawatan wajib Warung Pojok (6.30 p.m)
tarikh : kurang pasti
insan terbabit : baju kuning - Rafie
kolar putih - Syakir
rambut panjang - Azha
baju hitam - Jubei' (penumpang)