Foto di atas menunjukkan Saudara Azhar yang sedang cuba menenangkan Si Betina atas kematian dan kehilangan suaminya, Si Jantan Saisod. Dari sinar mata Si Betina itu sendri, kita dapat merasai betapa pahitnya kejadian dan ujian yang menimpanya. Syukurlah kita dengan apa yang kita ada sekarang ini. Insyaallah. Salam takziah buat Si Jantan. Al-Fatihah.
Tuesday, September 2, 2008
pemergian Si Jantan.
Foto di atas menunjukkan Saudara Azhar yang sedang cuba menenangkan Si Betina atas kematian dan kehilangan suaminya, Si Jantan Saisod. Dari sinar mata Si Betina itu sendri, kita dapat merasai betapa pahitnya kejadian dan ujian yang menimpanya. Syukurlah kita dengan apa yang kita ada sekarang ini. Insyaallah. Salam takziah buat Si Jantan. Al-Fatihah.
Tuesday, August 19, 2008
Beriadah Seketika Bersama Lee Cooper!
g)h)
i)
a) ketibaan di Sunway Pyramid. tak sabar. sakan betul.
b)Aral yang seakan mabuk ketika melayan lagu dari Meet Uncle Hussein sambil berdansa mencapah.(tolonglaa ketawa bila tenung pada muka Aral!) bak kata Bantal, muka macam Ujang. *maaf bagi pihak Bantal*
c)Meet Uncle Hussein sedang beraksi. La La La Kerjalaahh!!
d)amiiik hanngiiinn!! lepak duluu, sap kok luuu!!
e)Ijat sedang menari ala ala kuda padi. Layanan musik yang kusyuk!! Syabas buat luu!!
f)amboi, dengan pakcik Hussein(vokalis M.U.H) maaa.. Jubei' seakan teman akrab ketika tadika dengannya(maaf Syakir).
g)sakan semua. maauu jugaaa!!!(cemburu hati dengan Jubei') Thanks juga buat azha si kamera.
h)Tambun, Numaa dan Bantal bersama wajah wajah keterujaan masing-masing. Aral pun mau jugaaa!!
i)kumpulan. setelah tamat.(lihat baju bantal. bukti peluh!)
Saturday, August 16, 2008
kesinambungan misterius di lagoon.
Thursday, August 14, 2008
makhluk aneh ditangkap?
Mengikut pengkaji foto yg dijemput khas dari Uruguay, imej yg menyerupai manusia memakai telekung(bahagian atas sahaja) adalah sebuah entiti yang mungkin juga *penghuni* kepada rumah tersebut. Foto ini juga terbukti kesahihannya oleh beliau bahawa tiada unsur unsur pengubahsuaian imej yang berkait dengan perisian Photoshop. Adakah ini satu misteri? Atau semuanya tipu helah? Kami akan letakkan maklumat terkini dengan segera untuk merungkai misteri ini. Nantikan...
kumpulan persidangan.
Friday, August 8, 2008
CHERITA KU PULA.
alkisahnya begini. ku pulang dari tempat belajar jam 11. bergegas ke Kuala Lumpur kerana hari ini ada interview. interview untuk memohon biasiswa. interview dengan siapa tak perlu lah tahu. bangunan yang harus ku pergi berhampiran dengan KLCC. di surat kata nya interview jam 12.20 pm. ku sampai di bangunan tersebut jam 12.00. ku tunggu. dan menunggu. sudah jam 12.20 tapi nama ku masih belum di panggil. sementara menunggu, ku berkhayal. termenung jauh. memikirkan apa yang akan di soal. cuak amat lah ketika itu! haihhh. gementar saja. dah laa tunggu keseorangan. tunggu dan tunggu.
15 minit seterusnya, ku di panggil. ee sumpah cuak gilaa. tapi tak pa. hidup perlu diteruskan. ku pon masuk. beri salam tanda hormat. ada tiga orang penemu ramah. perempuan semuanya. wahhh, muka mereka.. garang amat. nak senyum pun susah. ee takut. ok. soalan demi soalan di tanya. bukan main susah. sehingga ada soalan ku tak mampu jawab. ku terdiam. tidak tahu mahu jawab apa. tiada yang terlintas di fikiran. arghhh. mereka bertiga pandang ke arah ku dengan muka bosan. ohh no! koyak la sial. siot! hurmm, bukan setakat satu soalan shj ku begitu. dua tiga soalan. wehhh, memang mati. ku hampa. sangat hampa. akhirnya mereka tiada soalan yang ingin di tanya kepada ku. *mungkin dah bosan dengan ku agak nya* ohh koyak. ku ucap terima kasih dan sorry kepada mereka. mereka bertiga memandang ke arah ku tanpa senyuman. koyak dohh!
ku keluar dari bilik tersebut dengan perasaan hampa dan sedih. apa lah nasib ku. tak reti bersoal jawab. bodoh betul. banyak ku berfikir. ku dapat rasa kan memang ku tak layak untuk mendapat scholarship seperti rakan-rakan ku yang lain. sedih. mereka dah dapat scholar, pengajian mereka terjamin, tapi aku? masih mencari. terkapai-kapai. huhh. entah-entah memang tak dapat. perkataan terbaik untuk ku ialah "tak layak". koyak siott. ku terus sms rakan baik ku. yelaa, konon nya ingin bercerita kisah koyak. nak bercerita kepada si dia, tapi si dia jauh nun di sana. rakan baik ku pon menelefon. ku baru shj mahu bercerita tiba-tiba rakan ku berkata "can i call u back? battery kong" hurmm ok, takpe. sedih la sialll. tiada siapa mahu mendengar cerita ku. koyak!
ku habis di interview jam 1.20. tidak tahu hendak ke mana lantas terus berjalan ke KLCC. berjalan keseorangan. langkah ku amat perlahan dan kecil. koyak amat. terkenang betapa bodoh nya ku di dalam bilik interview tadi. ku lalu di taman KLCC di depan masjid. jalan sorang-sorang. waktu itu, azan zohor sedang berkumandang. ku seperti berada di lautan lelaki. mereka semua ingin ke masjid untuk solat jumaat. ku pula berjalan arah bertentangan. malu sangat kerna semua nya lelaki. tapi tak pa. tempuh sja lautan lelaki itu. ku teruskan perjalanan. ketika sedang berjalan, ku terpandang satu couple gay bangla. berpegangan tangan. mesra. gembira. bisik hati ku "ee, geli". tapi ku terfikir semula, hak mereka. mereka tak sepi seperti ku. mereka bahagia.
sebaik sahaja ku sampai di dalam KLCC, ku menuju ke foodcourt. lapar. beli sizzling yee mee. teringin. tapi, alangkah sedih nya, makan keseorangan. ku duduk sorang-sorang. tiada teman. baru nak start makan, garpu ku pula terjatuh ke lantai. perghh. tak kan nak bangun pergi ambik yang baru dan tinggal kan makanan ku di meja? dah la keseorangan. akhirnya, ku makan dengan menggunakan sudu shj. takkan nak makan sizzling mee guna tangan kalau ye pon. koyak bai! sepi. sangat sepi. mereka yang berada di sebelah meja ku pula syok bercerita, bergelak tawa. aku pula sepi. arghhhh! terus tak selera. makanan tak habis *maaf*
selesai makan, ku belah dari situ. malas mahu tunggu lama-lama. lantas, ku pon bergerak pulang. naik LRT. again, keseorangan. berdiam diri dalam LRT hingga ke Kelana Jaya. termenung ke luar terfikir kisah koyak ku, kisah sepi ku, kisah sedih ku. apa lah nasib ku ini. terasa ingin mengalirkan air mata tetapi ku tabah shj. tiba-tiba, emak ku sms bertanya bagaimana interview, ku kata 'ok' walaupun tidak sebenar nya. tak mahu kecewa kan dia. tak mahu musnah kan harapan dia. *maaf ibu*
hari yang malang bagi ku. hampa. koyak. sedih. sepi.
dah la ku dah mengarut. maaf kalau ku buang masa kamu semua untuk membaca karangan bodoh ku ini.
*kini, ku hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar memberi yang terbaik untuk ku*
amin.
Monday, August 4, 2008
Warga sekalian.
1.Bobo 
Anak didikan SMK Taman Melawati dan MRSM Pendang ini kini menuntut pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Undang-undang. Dia berkemungkinan besar akan terbang ke selatan Australia takpun Kota London untuk menyambung pelajarannya pada tahun hadapan. Doakan buat dia. Seorang yang aktif memandu kereta gedang dan suka membantu rakan dalam apa jua keadaan. Rambutnya adalah aset termahal buatnya.
2.Jubei' 
1. Azha 
Syakir yang berasal dari negeri Perlis merupakan bekas penuntut MRSM Langkawi. Dia juga adalah rakan setadika Jubei' sewaktu di Montessori Putra Putri dahulu kala lamanya. Dengan gelaran *Ustad Liar* mukanya memang tenang dan tak pernah gusar. Merupakan antara pemain futsal yang digeruni kerana rembatan superb nya yang boleh membuatkan gadis gadis terjerit di tepi kandang permainan. Juga merupakan anak tajaan MARA di Monash University, dalam jurusan kejuruteraan.
3. Rafie
Rafie ataupun *Roughly* antara pelajar terbaik SPM pada tahun 2006. Merupakan anak kelahiran *Pride and Tradition* iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar. Gemar bermain gitar tak kira waktu, namun lebih cenderung untuk bermain pada waktu malam. Bunyi gitar yang dihasilkan olehnya unik, dan asyik untuk didengar orang ramai. Mempunyai teman dari Bangladesh yang sangat memahami dan mengambil berat akan dirinya. Rafie seorang insan yang sangat beruntung, kerana disayangi ramai. Kerap berlari masuk ke bilik untuk membuat panggilan *mesra* di kala malam hari. Juga mengambil jurusan kejuruteraan di Monash University bawah tajaan MARA.