Monday, August 4, 2008

Warga sekalian.

Mari berkenalan bersama ahli lagoon perdana.

Tetamu kerap.

1.Bobo

Anak didikan SMK Taman Melawati dan MRSM Pendang ini kini menuntut pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Undang-undang. Dia berkemungkinan besar akan terbang ke selatan Australia takpun Kota London untuk menyambung pelajarannya pada tahun hadapan. Doakan buat dia. Seorang yang aktif memandu kereta gedang dan suka membantu rakan dalam apa jua keadaan. Rambutnya adalah aset termahal buatnya.

2.Jubei'

Ini Jubei'. Kini di Victoria University, Sunway. Hidup riang di dalam kesepian. Suka bergelut melakukan aksi 19 tahun bersama rakan lain tatkala sebelum tidur. Penumpang terkerap dan banyak menyumbang air liur basi di hampir semua bantal yg terdapat di Lagoon Perdana. Maaf rakan rakan kerana selalu mewujudkan diri di lagoon. Menyemakkan, bagi erti kata lain. Maaf sekali lagi.

Tuan-tuan rumah.

1. Azha

Azha atau nama panggilan manja, Joey dibesarkan di kota Cheras. Dia suka melakukan aksi-aksi yang membabitkan pembukaan baju. Badannya gedang, namun tak segedang Mista. Hobi lazim, mencari gadis dan tidur dengan kusyuk. Mula menggemari daging kambing setelah mencuba sate kambing di Warung Pojok. Kini menuntut di Monash University, Malaysia di bawah tajaan MARA. Mengambil jurusan Bioteknologi kerana katanya, dia suka akan cabaran.

2. Syakir

Syakir yang berasal dari negeri Perlis merupakan bekas penuntut MRSM Langkawi. Dia juga adalah rakan setadika Jubei' sewaktu di Montessori Putra Putri dahulu kala lamanya. Dengan gelaran *Ustad Liar* mukanya memang tenang dan tak pernah gusar. Merupakan antara pemain futsal yang digeruni kerana rembatan superb nya yang boleh membuatkan gadis gadis terjerit di tepi kandang permainan. Juga merupakan anak tajaan MARA di Monash University, dalam jurusan kejuruteraan.

3. Rafie
Rafie ataupun *Roughly* antara pelajar terbaik SPM pada tahun 2006. Merupakan anak kelahiran *Pride and Tradition* iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar. Gemar bermain gitar tak kira waktu, namun lebih cenderung untuk bermain pada waktu malam. Bunyi gitar yang dihasilkan olehnya unik, dan asyik untuk didengar orang ramai. Mempunyai teman dari Bangladesh yang sangat memahami dan mengambil berat akan dirinya. Rafie seorang insan yang sangat beruntung, kerana disayangi ramai. Kerap berlari masuk ke bilik untuk membuat panggilan *mesra* di kala malam hari. Juga mengambil jurusan kejuruteraan di Monash University bawah tajaan MARA.

No comments: