Friday, August 8, 2008

CHERITA KU PULA.

ku ingin bercerita tentang kisah ku pulaa. maaflah jika kamu semua rasa ku menyibuk. hari ini hari jumaat. ku pasti ramai yang suka hari jumaat. maklum lah, penghujug minggu. hari yang amat bahagia. boleh lepak, borak- borak, makan, main card dan tenangkan fikiran. tapi, berlainan bagi ku. hari jumaat ku pada hari ini penuh dengan kekoyakan, kesedihan dan juga kesepian. uhhhhh.

alkisahnya begini. ku pulang dari tempat belajar jam 11. bergegas ke Kuala Lumpur kerana hari ini ada interview. interview untuk memohon biasiswa. interview dengan siapa tak perlu lah tahu. bangunan yang harus ku pergi berhampiran dengan KLCC. di surat kata nya interview jam 12.20 pm. ku sampai di bangunan tersebut jam 12.00. ku tunggu. dan menunggu. sudah jam 12.20 tapi nama ku masih belum di panggil. sementara menunggu, ku berkhayal. termenung jauh. memikirkan apa yang akan di soal. cuak amat lah ketika itu! haihhh. gementar saja. dah laa tunggu keseorangan. tunggu dan tunggu.

15 minit seterusnya, ku di panggil. ee sumpah cuak gilaa. tapi tak pa. hidup perlu diteruskan. ku pon masuk. beri salam tanda hormat. ada tiga orang penemu ramah. perempuan semuanya. wahhh, muka mereka.. garang amat. nak senyum pun susah. ee takut. ok. soalan demi soalan di tanya. bukan main susah. sehingga ada soalan ku tak mampu jawab. ku terdiam. tidak tahu mahu jawab apa. tiada yang terlintas di fikiran. arghhh. mereka bertiga pandang ke arah ku dengan muka bosan. ohh no! koyak la sial. siot! hurmm, bukan setakat satu soalan shj ku begitu. dua tiga soalan. wehhh, memang mati. ku hampa. sangat hampa. akhirnya mereka tiada soalan yang ingin di tanya kepada ku. *mungkin dah bosan dengan ku agak nya* ohh koyak. ku ucap terima kasih dan sorry kepada mereka. mereka bertiga memandang ke arah ku tanpa senyuman. koyak dohh!

ku keluar dari bilik tersebut dengan perasaan hampa dan sedih. apa lah nasib ku. tak reti bersoal jawab. bodoh betul. banyak ku berfikir. ku dapat rasa kan memang ku tak layak untuk mendapat scholarship seperti rakan-rakan ku yang lain. sedih. mereka dah dapat scholar, pengajian mereka terjamin, tapi aku? masih mencari. terkapai-kapai. huhh. entah-entah memang tak dapat. perkataan terbaik untuk ku ialah "tak layak". koyak siott. ku terus sms rakan baik ku. yelaa, konon nya ingin bercerita kisah koyak. nak bercerita kepada si dia, tapi si dia jauh nun di sana. rakan baik ku pon menelefon. ku baru shj mahu bercerita tiba-tiba rakan ku berkata "can i call u back? battery kong" hurmm ok, takpe. sedih la sialll. tiada siapa mahu mendengar cerita ku. koyak!

ku habis di interview jam 1.20. tidak tahu hendak ke mana lantas terus berjalan ke KLCC. berjalan keseorangan. langkah ku amat perlahan dan kecil. koyak amat. terkenang betapa bodoh nya ku di dalam bilik interview tadi. ku lalu di taman KLCC di depan masjid. jalan sorang-sorang. waktu itu, azan zohor sedang berkumandang. ku seperti berada di lautan lelaki. mereka semua ingin ke masjid untuk solat jumaat. ku pula berjalan arah bertentangan. malu sangat kerna semua nya lelaki. tapi tak pa. tempuh sja lautan lelaki itu. ku teruskan perjalanan. ketika sedang berjalan, ku terpandang satu couple gay bangla. berpegangan tangan. mesra. gembira. bisik hati ku "ee, geli". tapi ku terfikir semula, hak mereka. mereka tak sepi seperti ku. mereka bahagia.

sebaik sahaja ku sampai di dalam KLCC, ku menuju ke foodcourt. lapar. beli sizzling yee mee. teringin. tapi, alangkah sedih nya, makan keseorangan. ku duduk sorang-sorang. tiada teman. baru nak start makan, garpu ku pula terjatuh ke lantai. perghh. tak kan nak bangun pergi ambik yang baru dan tinggal kan makanan ku di meja? dah la keseorangan. akhirnya, ku makan dengan menggunakan sudu shj. takkan nak makan sizzling mee guna tangan kalau ye pon. koyak bai! sepi. sangat sepi. mereka yang berada di sebelah meja ku pula syok bercerita, bergelak tawa. aku pula sepi. arghhhh! terus tak selera. makanan tak habis *maaf*

selesai makan, ku belah dari situ. malas mahu tunggu lama-lama. lantas, ku pon bergerak pulang. naik LRT. again, keseorangan. berdiam diri dalam LRT hingga ke Kelana Jaya. termenung ke luar terfikir kisah koyak ku, kisah sepi ku, kisah sedih ku. apa lah nasib ku ini. terasa ingin mengalirkan air mata tetapi ku tabah shj. tiba-tiba, emak ku sms bertanya bagaimana interview, ku kata 'ok' walaupun tidak sebenar nya. tak mahu kecewa kan dia. tak mahu musnah kan harapan dia. *maaf ibu*

hari yang malang bagi ku. hampa. koyak. sedih. sepi.

dah la ku dah mengarut. maaf kalau ku buang masa kamu semua untuk membaca karangan bodoh ku ini.

*kini, ku hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar memberi yang terbaik untuk ku*


amin.

No comments: