Monday, August 4, 2008

Warung Kesukaan. Pojok oh Pojok.

Warung Pojok.

memang tempat makan bagi orang kelas bawah macam kita. menu masakan sedap dan enak. minuman tak ketinggalan. para pengunjung pula ramah ramah belaka. pengunjung, *majoriti Indonesia* lah, kerana warung itu sendiri kepunyaan warga indonesia. anak muda melayu yang singgah di warung pojok tuh, muka muka kitaa saja lah. yang lain seakan tak sudi.

iyalah, tengok tempat macam mana kn.



dua foto sahih ini menunjukkan sekitar kawasan dihadapan Warung Pojok tersebut. memang bau dan aroma akan dinikmati para pengunjung sebelum, semasa mahupun selepas menjamu selera di sana.



Namun, makanannya memang enak enak belaka. Sate Kambing, Ayam Penyet, Burung Penyet, Soto Ayam, Bakso, Pecel Lele antara makanan yang dijual di situ. Foto di atas menunjukkan sisa sisa kuah sate kambing yang baru saja dijamah oleh saudara Azha dan Jubei'.


Extra Joss Susu merupakan daya tarikan pengunjung ke sana. Air tenaga yang dimodifikasi dengan campuran susu memang sesuai untuk menjadi penghilang dahaga dan dapat mengembalikan tenaga dengan kadar yang cepat. Tengok sajalah foto di atas, Izlan dan Balu seakan teruja menikmati minuman tenaga itu. *Balu seperti biasa, mata tutup satu*


Jangan risau. di sana terdapat tempat membasuh tangan seperti restoran restoran lain juga. Namun, tandasnya juga menarik perhatian bagi pengunjung *baru* ke sana. Kalau mahu tahu, pergilah lihat sendiri. Foto menjelaskan Jubei' yang baru selesai makan Ayam Penyet + Sate Kambing 5 batang + Extra Joss = Rm 8 , lalu cabut membasuh tangan. *Rambut di dalam foto itu adalah kepunyaan Yaya*

Jadi, kepada sesiapa yang terasa ingin mengunjung ke sana, jangan malu malu bertanya kepada pihak kami, terutama saudara pemandu teksi. Boleh bawa sesiapa saja ke sana. Mari Mari Mari. Sekian.







No comments: